
Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rim kena serbu
RIM 25 April – Lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Alamanda, Jasin, malam tadi.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman yang tiba kira-kira jam 8.35 malam.
Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Turut hadir EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Fairul Nizam Roslan; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwe Hee Sem serta kenamaan lain.

Majlis anjuran Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu bermula pada jam 8 hingga 11.30 malam.
Namun sehingga jam 11.15 malam kelihatan masih ramai warga setempat tidak melepaskan peluang berkunjung menikmati juadah yang dihidangkan pada majlis rumah terbuka itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.