Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

PAYA RUMPUT 1 April – Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata, kemeriahan suasana sambutan rumah terbuka Aidilfitri dianjurkan turut diserikan dengan kehadiran masyarakat bukan Melayu.

“Majoriti penduduk di DUN Paya Rumput ini adalah Melayu dengan kira-kira 60 peratus, sementara itu kaum Cina pula hampir 30 peratus, manakala lapan peratus kaum India, berdasarkan kejadian kehadiran kali ini semua bangsa ada.

“Perkara ini adalah satu perkembangan yang amat membanggakan, kita bersama-sama suburban lagi kesepakatan dan Perpaduan di DUN Paya Rumput. Semua ini jelas memperlihatkan suasana bahawa kita mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni,” katanya.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri, berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Paya Rumput, di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, di sini, hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang diiringi isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh.

Menurut Rais, dianggarkan 20,000 tetamu menghadiri penganjuran kali keempat Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Paya Rumput.

“Saban tahun saya akan memilih hari raya kedua sebagai tarikh berlangsungnya rumah terbuka. Walaupun majlis bermula pada jam 11 pagi namun seawal jam 10.30 lagi orang ramai sudah mula memenuhi perkarangan kompleks ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

493
Kongsi :
Previous post PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
Next post BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN