
Rumah Peduli dijenamakan sebagai Rumah Prihatin
AYER KEROH 23 Julai – Program Rumah Prihatin telah dijenamakan semula menggantikan Program Rumah Peduli Rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar berkata, inisiatif yang dahulunya dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan diteruskan bagi mendahulukan kebajikan rakyat.
“Terdapat dua cadangan pembinaan iaitu untuk rumah dua bilik diperuntukkan sebanyak RM30,000, manakala tiga bilik adalah RM37,000,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan berhubung pembinaan inisiatif golongan B40 pada hari keempat Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di Seri Negeri pagi tadi.
Views:
Related


Berita Lain
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...