Rumah, kereta dan tiga motosikal terbakar
SERKAM 12 Ogos – Sebuah rumah, tiga motosikal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di Kilometer 18, Kampung Serkam Darat di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK 1) Dzulkarnain Abdul Halim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.19 pagi sebelum tiba di lokasi pada 11.28 pagi tadi.
Katanya, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Bukit Katil dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan 40 x 40 kaki persegi dengan anggaran kebakaran 60 peratus.
“Ia turut melibatkan sebuah kereta dan tiga motosikal terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, ketika kebakaran berlaku terdapat seorang mangsa berusia 47 tahun di rumah dan dia sempat berlari keluar menyelamatkan diri.
Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan selepas operasi pemadaman selesai.
“Siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih diteruskan dan operasi kebakaran terkawal pada jam 12.12 tengah hari,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MANIFESTASI TEKS SULALATUS SALATIN HIMPUN 39 KARYA ARTIS TEMPATAN
BANDA HILIR 23 Januari - Sebanyak 39 karya seni dan sastera berdasarkan Teks Sulalatus Salatin yang diterjemah ke visual dihimpunkan...
PRODUK TIADA LABEL PENGIMPORT PASAR RAYA DIKOMPAUN RM3,000
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Sebuah pasar raya di daerah Melaka Tengah dikompaun RM3,000 selepas didapati menjual makanan yang tidak...
JKNM UJI TIGA SAMPEL ANGGUR SHINE MUSCAT
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menguji tiga sampel anggur shine muscat bagi memastikan produk import...
DUA ANGGOTA BOMBA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA PADAM KEBAKARAN
KOTA KINABALU 23 Januari - Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah...
MPHTJ PERJELAS ISU PENUTUPAN, PENAMATAN KONTRAK KOLAM AIR PANAS DI BEMBAN
AYER KEROH 23 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tampil memberi penjelasan berhubung penutupan operasi dan penamatan kontrak operator...
SUMBANGAN UKIR SENYUMAN MASYARAKAT TIONGHOA ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 23 Januari - Seramai 175 masyarakat Tionghoa dalam Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Tahun Baru Cina 2025 daripada...