Sorting by

×

Rumah Ceria Merdeka jadi acara tahunan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PANTAI KUNDOR 30 Ogos- Pertandingan Rumah Ceria Merdeka anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pantai Rombang bakal dijadikan sebagai acara tahunan.

Pengerusi JPKK Pantai Rombang, Muhammad Shafiq Ab Majid berkata keputusan itu berdasarkan komitmen dan kesungguhan peserta dan penduduk di kampung itu.

Katanya, dengan titik mula 2022, pertandingan itu disifatkan sebagai tanda patriotik dan cintakan negara, sekali gus melahirkan bangsa menghargai kemerdekaan.

“Bagi pertandingan Rumah Ceria Merdeka ini, barisan juri membabitkan Pegawai Daerah, Pegawai Penerangan dan wakil agensi lain akan menilai rumah paling menarik untuk diumumkan sebagai pemenang.

“Tiga aspek diambil kira iaitu kreativiti, daya saing dan nilai tambah kepada penggunaan barangan terpakai, arca dan ayat-ayat menggambarkan budaya seperti pantun selain tema kemerdekaan perlu dipaparkan. Pemenang akan diumumkan pada malam ambang merdeka (30 Ogos),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

photo1661767206
MUHAMMAD Shafiq Ab Majid. Foto Iqmal Haqim Rosman.

Muhammad Shafiq berkata, penganjur tidak menyediakan hadiah lumayan namun melihat kepada kesungguhan dan komitmen penduduk, wang kemenangan akan diberikan kepada semua peserta.

“Juara akan membawa pulang wang tunai RM400, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM200.

“Manakala wang saguhati akan diberikan kepada kesemua peserta atas usaha dan komitmen yang ditonjolkan,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2066
Kongsi :
Previous post Sambut merdeka seperti hari raya
Next post Perjuangan membela rakyat bukan klise – PM Ismail Sabri
Ubah saiz-+=