
Rumah berbumbungkan langit
TANJUNG BIDARA 11 Ogos – “Sekarang kami menghuni rumah berbumbungkan langit selepas seluruh bumbung diterbangkan ribut pagi semalam.
“Kami amat berharap ada bantuan daripada mana-mana pihak kerana setakat ini kami terpaksa menumpang di rumah kakak,” kata mangsa ribut Rahmat Hassan, 65.
Dia berkata, angin kencang berserta hujan lebat pada jam 9.45 pagi menerbangkan keseluruhan bumbung kediamannya di Kampung Pasir Gembur, di sini.
Bekas pemandu sebuah syarikat akhbar itu berkata, setakat ini dia cuma mampu menutup perabot dan peralatan elektrik menggunakan plastik.
Sementara itu isterinya, Fatimah Main, 60, berkata ketika kejadian dia berada di Bangi, Selangor, kerana menjaga anak perempuannya yang baharu bersalin.
“Saya bergegas pulang dan tiba di rumah pada jam 3 petang, memang terkejut apabila mendapati semua bumbung sudah tercabut akibat dipukul ribut,” katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...