Sorting by

×

RTC Sungai Rambai dijangka kembali beroperasi Januari depan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SUNGAI RAMBAI 11 Dis – Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai yang sebelum ini diarahkan tutup dijangka akan beroperasi semula pada Januari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Datuk Abdul Azis berkata, pembangunan dan pengoperasian semula kawasan itu perlu dilakukan bagi memberi kemudahan khususnya kepada penduduk setempat .

Beliau berkata, ‘menghidupkan’ semula RTC Sungai Rambai antara tumpuan utama yang dibuat sebelum diikuti pembangunan lain.

“Sekarang ini kita sedang berbincang dengan jabatan yang terbabit untuk beroperasi semula. Kita cuba secepat yang mungkin dan paling lewat awal tahun hadapan.

“Majoriti yang kita jumpa (agensi-agensi) ini bersetuju untuk masuk semula tetapi ada beberapa syarat yang perlu kita ikut,” katanya.

Menurut beliau, buat waktu ini pihaknya memfokuskan agensi-agensi yang sebelum ini pernah beroperasi itu sebelum membuka ruang kepada pihak lain.

“Kalau boleh kita fokus yang dulu sedia ada, contohnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah,” katanya.

RTC Sungai Rambai yang bernilai RM2.5 juta itu yang sebelum ini menempatkan kira-kira 30 agensi kerajaan termasuk badan berkanun dan swasta bagaimanapun diarahkan tutup selepas kerajaan negeri bertukar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Dibangunkan pada 2015, RTC Sungai Rambai juga dikatakan membawa banyak perubahan positif kepada daerah kecil itu serta penduduknya dan ia dilihat menjadi pemangkin kepada pembangunan lebih pesat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1256
Kongsi :
Previous post Diskaun saman JPJ dilanjut sehingga 15 Dis
Next post Dua suspek tikam kontraktor direman seminggu
Ubah saiz-+=