Sorting by

×

RM700,000 baik pulih rumah nelayan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BATU BERENDAM 13 Mac – Sejumlah RM700, 000 diperuntukkan kerajaan negeri bagi kerja membaik pulih kira-kira 30 biji rumah nelayan di Kuala Linggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Penternakan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, jumlah itu bagi membaiki rumah terbabit yang rosak akibat aktiviti vandalisme termasuk kerosakan pada sistem pendawaian.

“Rumah itu sudah siap tetapi disebabkan ditinggal terlalu lama berlakunya kerosakkan, ada tingkap hilang, wayar kena gunting jadi ia perlu dibaiki.

“Kita jangkakan pada Mei depan depan rumah itu boleh diduduki oleh mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum dan Penyerahan Lesen Sampan Khas Negeri Melaka di Empangan Sungai Batu Hampar.

Hadir sama Pengarah Perikanan Negeri Mohd Fauzi Salehon serta Pengarah Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Melaka Azizul Adzran Mahmor.

Mengulas lanjut Norhizam berkata, sehingga kini seramai 15 permohonan sudah diluluskan selepas pemohon mereka berjaya dan memenuhi syarat.

“Sesi temuduga dijalankan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menilai kelayakan nelayan untuk memohon rumah terbabit yang berharga RM45,000,” katanya.

Sementara itu, pada program terbabit sebanyak 30,000 ekor anak ikan lampam sungai dilepaskan dan 30 nelayan menerima lesen sampan khas.

Norhizam turut mengingatkan agar nelayan yang menerima lesen untuk perlu aktif turun ke laut bagi melayakkan mereka mendapat elaun sara hidup serta subsidi diesel.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1010
Kongsi :
Previous post Bot bawa 30 kru hampir karam
Next post The Pan-Malayan Consciousness: Malaysia
Ubah saiz-+=