Royal Caribbean Cruise berlabuh di Melaka, Pulau Pinang

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

GEORGETOWN 14 Jun – Kesediaan kapal persiaran mewah Royal Caribbean Cruise berlabuh dan menurunkan penumpang di Melaka dan Pulau Pinang, bakal merancakkan lagi industri pelancongan kedua-dua negeri terbabit.

EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, perkembangan positif itu antara perkembangan positif mahu dikongsi kerajaan negeri hasil Program Semarak Pelancongan Negeri Melaka 2022 di Negeri Pulau Pinang.

“Perkara ini sudah dimaklumkan oleh pihak pengurusan kapal persiaran mewah itu kepada kerajaan kedua-dua negeri, mereka setuju untuk berlabuh dan menurunkan penumpang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Muhammad Jailani berkata, selain itu feri Maythorn Voyage dari Bengkalis, Indonesia dijangka berlabuh di Kompleks Imigresen, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana, jam 10 pagi hari ini.

Beliau berkata, feri berkenaan 300 penumpang iaitu kapasiti penuh yang mampu ditampungnya bagi setiap kali pelayaran.

“Saya belum mandapat maklumat mengenai kekerapan perjalanan feri berkenaan namun ini satu perkembangan yag amat baik selepas delegasi Melaka pulang dari Misi Penggalakan Pelancongan di Dumai dan Pekanbaru, Riau.

“Selepas ini akan dilaksanakan misi sama ke provinsi Sumatera Barat dan Utara termasuk 10 provinsi di Sumatera, laut adalah pengangkutan paling mudah serta menyenangkan mereka untuk ke Melaka,” katanya.

Selain itu Muhammad Jailani, turut mengalu-alukan jika ada penerbangan daripada Riau berminat untuk mendarat di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1763
Kongsi :
Previous post Malindo tolonglah serius – Muhammad Jailani
Next post Gotong-royong indahkan Taman Angkasa Nuri
Ubah saiz-+=