
Roslan dilantik Setiausaha Politik Ketua Menteri yang baharu
SERI NEGERI 7 Mac – Mantan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad dilantik Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang baharu.
Roslan, 56, dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Abdul Hakim Abdul Wahid yang kini memegang jawatan Pengurus Besar Melaka Halal Hub berkuatkuasa 1 Februari lalu.
Majlis angkat sumpah pelantikan Roslan diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Seri Negeri di sini, pagi tadi.

Roslan mempunyai pengalaman luas dalam politik sejak tahun 1989 dan dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau selama tiga penggal dari 2011 hingga 2021.
Beliau berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan kini merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin sejak tahun 2018.
Menerusi catatan Facebook rasmi Sulaiman, beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.
“Selamat bertugas Datuk Roslan,” tulisnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...