‘RONGGENG’ TARIAN SOSIAL NUSANTARA
BANDA HILIR 29 Disember – Terkenal di seluruh nusantara, tarian ronggeng dibawa ke negeri Melaka sebagai salah satu tarian sosial pada majlis keramaian.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ezlina Elias berkata seakan joget lambak, tarian ronggeng sebenarnya dalam istilah masyarakat Melayu tidak melibatkan sentuhan.
“Jadi tarian ini dipersembahkan secara neutral, rasa mahu berhibur dan menari ikut rentak muzik yang dialunkan.
“Kebiasaannya ia adalah lagu-lagu rakyat yang berasaskan pantun, jadi ini akan membuat masyarakat gembira untuk turut serta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Rentak Bertandak yang diadakan sempena Festival Masakan Warisan Melaka 2024 di perkarangan Bangunan Stadthuys di sini, semalam.
Program itu diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.
Turut hadir Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Timbalan Exco Pelancongan, Wariaan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah.
Katanya program rentak bertandak juga adalah sebagai penyeri hujung tahun 2024 yang turut menggabungkan pelbagai muzik moden, kreatif dan berirama.
“Hari ini kita melaksanakan program rentak bertandak yang menggabungkan muzik rakyat, paluan gendang, muzik moden, hiphop dan lagu-lagu galau.
“Kita juga ada permainan gendang menggunakan alatan terpakai yang dimainkan secara kreatif dan menghasilkan satu irama yang indah dan menyeronokkan.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri memberi peluang untuk kita menganjurkan program begini, insya-Allah jika diberikan kesempatan program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan,” katanya.
Ends ..
Ronggeng 1 – EZLINA
Ronggeng 2 – Ronggeng 4 – ORANG ramai yang hadir pada Program Rentak Bertandak sempena Festival Masakan Warisan Melaka 2024 di perkarangan Bangunan Stadthuys.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.