Sorting by

×

Rombak syarat permohonan lesen nelayan

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 30 November – Syarat lesen nelayan di negeri ini akan diteliti semula bagi memastikan ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, syarat lebih ketat itu dikenakan bagi memastikan hanya mereka yang aktif sahaja mendapat lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.

“Sebelum ini ada nelayan yang diberikan lesen tetapi tidak aktif, hanya sekadar nama dalam senarai sahaja, sedangkan mereka tidak turun pun ke laut, ada bot pun tidak bergerak ke mana.

“Situasi ini menyebabkan ada nelayan yang sebenarnya aktif tetapi tidak mendapat lesen kerana pengeluaran kebenaran itu adalah mengikut kuota kawasan dan tidak boleh dilakukan sesuka hati.

“Saya ada menerima aduan mengenai permohonan lesen nelayan tidak diluluskan kerana kuota di kawasan mereka sudah penuh. Jadi kita kena rombak balik dan bagi lesen ini kepada yang benar-benar nelayan dan bukan pada ‘Ali Baba’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

836
Kongsi :
Previous post Pelancaran TMM2024 diatur penuh meriah, warna-warni – KM
Next post Sasar anak muda sertai Paramedik Komuniti
Ubah saiz-+=