Rogol remaja perempuan, empat rakan ke penjara

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 14 Julai – Padah merogol seorang remaja perempuan tiga tahun lalu, empat rakan dijatuhi hukuman penjara 10 hingga 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuh hukuman itu ke atas Muhammad Syazani Azmani, 29; Ahmad Aiman Abdullah, 24; Muizzuddin Murad, 27 dan Mohamad Khairul Amirin Yem, 21, di akhir perbicaraan selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan secara berasingan ke atas tertuduh, mereka didakwa merogol secara berkumpulan terhadap mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun di sebuah rumah, di Jalan Gadong, Batu Gajah, Sungai Rambai, Jasin antara jam 2.30 hingga 3.30 pagi, pada 4 Jun 2017.

Justeru mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dikatakan berkenalan dengan seorang daripada tertuduh iaitu Ahmad Aiman melalui aplikasi We Chat sebelum keluar bersama tertuduh lain yang juga rakan Ahmad Aiman dan kemudiannya dibawa balik ke rumah serta dipaksa melakukan hubungan seks.

Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin memohon hukuman berat dikenakan ke atas semua tertuduh agar dijadikan pengajaran kepada mereka serta masyarat diluar sana untuk tidak melakukan kesilapan sama.

Tertuduh, Ahmad Aiman dan Muizzudin diwakili peguam Ishak Kari, manakala Muhammad Syazani dan Mohamad Khairul diwakili Cassian Anthony.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan Ahmad Aiman dipenjara 12 tahun dari tarikh dia ditangkap, manakala tiga lagi tertuduh dipenjara 10 tahun dari tarikh jatuh hukum.

Views:

534
Kongsi :
Previous post Op Benteng : 14 PATI bertempiaran lari elak dicekup
Next post Covid-19: Empat kes baharu melibatkan kes import – KP Kesihatan
Ubah saiz-+=