
Rogol remaja: Penceramah diserah kepada polis KL
SHAH ALAM, 23 Julai – Seorang penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata ia bagi membuat siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di negeri itu.
“Hari ini reman tamat di Kuala Selangor dan reman lima hari itu tidak dilanjutkan. Suspek akan diserah ke kontingen Kuala Lumpur untuk siasatan bagi kes di sana,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, beliau berkata berdasarkan siasatan awal, perkenalan di antara suspek dan remaja bawah umur itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum hubungan terjalin sejak Mei tahun lepas.
Menurutnya lagi, berdasarkan laporan polis yang diterima membabitkan kes itu masih kekal empat iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
Pada 19 Julai lepas, penceramah bebas itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
BAZAR IKONIK MUDAH DIAKSES, PENUHI CITARASA PENGUNJUNG
BANDA HILIR 9 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir kini menjadi salah satu platform penting bagi mempamerkan dan mempromosikan produk...