Sorting by

×

RMK-12: Peruntuk RM2.25 bilion untuk bantuan rumah rakyat miskin – PM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KUALA LUMPUR 27 Sept – Kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM2.25 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan ini adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah.

Ia katanya, melibatkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.

“Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

“Apalah maknanya kesejahteraan, sekiranya kita tidak bersatu hati. Sejarah telah mengajar kita betapa pentingnya untuk mengekalkan perpaduan, dalam membina negara bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, bagi memperkukuh kesepaduan Keluarga Malaysia, program perpaduan dan sukan secara inklusif serta komprehensif akan dipergiat.

“Perpaduan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa selain integrasi nasional silang budaya serta merentasi ideologi politik, adalah tunjang kekuatan kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

“Marilah kita menggerakkan seluruh kekuatan, untuk terus menyebarkan semangat patriotisme dan kesukarelawanan dengan memanfaatkan platform digital dan media yang lain.

“Pemahaman serta penghayatan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, perlu terus diterap dan diperkasakan dalam kalangan anak-anak kita dan golongan belia negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

402
Kongsi :
Previous post RMK-12 satu pelan menyeluruh dengan sembilan fokus utama – PM
Next post RMK-12: Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan – PM
Ubah saiz-+=