Sorting by

×

RMK-12: Cukai karbon akan diperkenalkan – PM

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 27 Sept – Malaysia akan menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada 2050,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, bagi menyokong usaha ini, instrumen ekonomi seperti carbon pricing dan cukai karbon akan diperkenalkan.

“Perincian langkah-langkah lain bagi pengurangan karbon akan diumumkan setelah kajian strategi pembangunan jangka panjang rendah karbon dimuktamadkan pada akhir tahun 2022.

“Bagi tujuan ini, Kerajaan telah memberi komitmen untuk tidak lagi membina loji janakuasa arang batu yang baharu,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Tambahnya, walaupun sedar ia memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi, namun dengan penglibatan Keluarga Malaysia, aspirasi itu bukanlah angan-angan kosong.

“Komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara.

“Dasar Tenaga Negara yang komprehensif akan diperkenalkan untuk menyediakan hala tuju strategik jangka panjang bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon.

“Penjanaan elektrik yang lebih bersih akan dilaksana melalui pengoperasian beberapa loji janakuasa gas di Semenanjung Malaysia bagi menggantikan loji janakuasa arang batu,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1246
Kongsi :
Previous post Hospital Angkatan Tentera Terendak ditambah baik dalam RMK-12
Next post Malaysia kekal kompetitif tarik pelaburan asing pasca COVID-19
Ubah saiz-+=