Sorting by

×

RM93 juta diagihkan MAIM kepada asnaf

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

BUKIT PALAH 18 Disember – Sejumlah RM93 juta berjaya diagihkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada golongan asnaf sejak Januari hingga 30 November 2022.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, jumlah itu diagihkan kepada lapan asnaf melalui pelbagai bentuk program dan skim bantuan antaranya asnaf fakir dan miskin, asnaf mualaf, asnaf al-riqab serta asnaf fi-sabilillah.

Beliau berkata, pada tahun sebelumnya pula, sebanyak RM98 juta diagihkan yang merangkumi bantuan makanan bulanan, sagu hati memeluk Islam, bantuan hari raya, sumbangan kepada pusat perlindungan serta sumbangan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

“Antara peruntukan terbesar zakat dibawah MAIM pada tahun ini membabitkan kos pengurusan dan rawatan dialisis kepada penerima bantuan yang keseluruhannya berjumlah RM4.7 juta setahun.

“Skim Bantuan Pakaian Sekolah kepada anak-anak penerima bantuan asnaf juga antara peruntukan yang terbesar dengan nilai RM2.6 juta setahun.

“Selain itu juga, sehingga November 2022 juga MAIM berjaya membeli dan memiliki sebanyak 218 unit rumah kediaman, 146 unit lot perniagaan dan 79 lot tanah. Terbaharu juga MAIM telah meluluskan cadangan projek perumahan khusus untuk orang Melayu di Mukim Ayer Panas, Jasin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Baitulmal MAIM 2022 , yang berlangsung di Dataran Pusat Islam Melaka, hari ini.

Hadir sama, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM); Datuk Che Sukri Che Mat dan Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim.

Md Rawi berkata, MAIM melalui anak syarikat berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM107 juta pada 2021 dan angka itu dijangka bertambah kepada RM124 juta pada tahun ini.

“Manakala untuk tahun hapadan pula kita sasarkan peningkatan kutipan kepada RM137 juta.

“Sebagai agensi yang diamanahkan MAIM akan terus konsisten dan sentiasa memberi perkhidmatan yang cekap serta efektif dalam menyalurkan pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Terdahulu, Karnival Baitulmal MAIM yang bertemakan ‘Baitulmal Diperkasa, Ummah Sejahtera’ julung kali diadakan pada tahun ini bersempena sambutan MAIM Ke-62 tahun.

Karnival selama tiga hari yang berkahir pada hari ini itu diadakan bagi memberi pengisian kepada masyarakat Islam tentang Institusi Baitulmal Negeri Melaka terutamanya dalam aspek pengurusan zakat dan hartanah wakaf.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3079
Kongsi :
Previous post Melaka jadi lokasi pembangunan Bandar Pendidikan D8
Next post Temukan mayat ibu dan anak berpelukan, pengalaman sukar dilupakan anggota bomba
Ubah saiz-+=