Sorting by

×

RM9.4 juta tangani hakisan sungai – Idris

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Dis. – Kerajaan negeri memperuntukkan kos sebanyak RM9.4 juta bagi menangani masalah hakisan serta pergerakan tanah sepanjang perairan di negeri yang dianggarkan sejauh 73 kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Utama Idris Haron berkata, pihaknya menyarankan supaya kerja-kerja berkaitan dilaksana dengan kadar segera sekurang-kurangnya dalam tempoh satu atau dua bulan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Hakisan Negeri Melaka berkata, antara terma yang dipersetujui adalah mencadangkan pemulihan, penyelesaian serta pelan tindakan di kawasan pantai-pantai yang terhakis dalam tempoh jangka masa singkat dan berkala.

“Kita mengklasifikasikan tahap keseriusan kawasan hakisan itu kepada tiga tahap iaitu tahap pertama yang sangat kritikal, tahap kedua yang sederhana kritikal di mana hakisan dijangka berlaku dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dan tahap ketiga ialah hakisan mungkin berlaku dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun lagi.

PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Utama Idris Haron

“Selain itu kerja-kerja menghalang hakisan sungai dan pantai yang mulai runtuh dengan anggaran perbelanjaan RM350 juta perlu disegerakan bagi mengelak risiko yang lebih besar supaya keadaan terkawal dan tidak menjadi semakin serius,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Menurut Idris lagi, mesyuarat jawatankuasa berhubung perkara itu pertama telah berlangsung minggu lalu juga bersetuju untuk melantik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka sebagai urusetia yang dibantu Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar,

Datuk Seri Ghafaar Atan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Pantai Kundur, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai serta tiga pegawai daerah dari Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin turut dilantik membarisi jawatankuasa tersebut bertujuan memperoleh maklum balas di kawasan yang turut berdepan masalah hakisan sungai dan pantai.

“Kita telah merekodkan tujuh tapak hakisan yang berada pada tahap kritikal dan merbahaya sekitar Pantai Kuala Linggi seperti Telok Gong, Kampung Tengah dan Fort Supai.

“Sebagai langkah awal juga, JPS telah melakukan penambakan pasir di kawasan hakisan, pembinaan tembok penahan ‘gabion’ atau ‘breakwater’ bagi meminimakan kesan hakisan pantai,” katanya.

Views:

884
Kongsi :
Previous post “Ahli majlis, PBT perlu proaktif” – KM
Next post COVID-19: EPL tangguhkan perlawanan antara Aston Villa dan Newcastle
Ubah saiz-+=