RM89,000 selenggara jalan Taman Tuah Perdana

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BEMBAN 15 Jun – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM89,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Taman Tuah Perdana, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata insiatif itu dilaksanakan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di taman berkenaaan.

“Peruntukan ini tidak termasuk peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan lain yang sedang dilaksanakan.

“Ada lagi peruntukan lain yang kita buat secara dalaman dan sebagainya. Tapi itu merupakan peruntukan dari KPKT dan sedang dilaksanakan di Taman Tuah Perdana untuk repair (baik pulih) jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Townhall Bembanku Maju Jaya di Japerun Bemban di sini.

Hadir sama Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, Pengerusi Penyelaras JAPERUN Bemban, Datuk Wira Hassan Abd Rahman dan lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Shadan menyambut baik penganjuran townhall yang menjadi pendekatan terbaik bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengenalpasti permasalahan masyarakat di kawasan tersebut.

“Tujuan kita buat program ini untuk kita berjumpa secara direct (terus) dengan pemimpin masyarakat dan mengenal pasti permasalahan yang ada di kawasan ini.

“Supaya kita di peringkat PBT dapat laksanakan dan cuba selaraskan sebaik mungkin untuk kepentingan masyarakat di kawasan ini.

“Ini untuk merancakkan ekonomi selain memastikan kawasan ini berada dalam keadaan selamat, ceria dan bahagia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1576
Kongsi :
Previous post ‘Kemarau panjang’ sudah tamat, Malaysia layak ke Piala Asia 2023
Next post UAI buat kemunculan di Duyong, Ahad ini
Ubah saiz-+=