Sorting by

×

RM8.3 juta steroid anabolik, produk tidak berdaftar dirampas

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

AYER KEROH 7 September – Sejumlah 642 produk mengandungi steroid anabolik dan produk tidak beraftar bernilai RM8.3  juta dirampas Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menerusi Ops Pharma yang diadakan di sekitar bandar Melaka, semalam.

Pengarah JKNM Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, serbuan yang dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Melaka dengan kerjasama Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan CPF Negeri Sembilan serta Johor itu adalah hasil aduan awam diterima.

Beliau berkata, susulan daripada itu pihaknya kemudian menjalanakan risikan sebelum membawa kepada penemuan premis yang disyaki menjual steroid anabolik dan produk tidak berdaftar secara dalam talian.

“Dalam operasi selama lapan jam yang berakhir jam 10 malam itu sebanyak tujuh premis diserbu termasuk rumah kedai dan kediaman yang dijadikan stor simpanan kepada kesemua produk ini dan hasilnya sebanyak 642 produk serta lima peranti digital yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM8.3 juta dirampas.

“Rampasan ini adalah yang terbesar di Melaka untuk tahun ini. Ianya agak sukar untuk kita mengesan aktiviti penjualan kerana ia dijual secara dalam talian disebabkan itu risikan kita mengambil sedikit masa sebelum premis ini berjaya diserbu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Penguatkuasa Farmasi KKM Mohd Zawawi Abdullah dan Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM Mohd Azaruddin Azis, di Pejabat Kesihatan Negeri, hari ini.

Menurut Dr Rusdi, kesemua steroid dirampas itu adalah produk yang diimport daripada luar negara oleh pembekal sebelum menjualnya secara meluas dalam talian susulan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat.

“Daripada siasatan dijalankan juga kita percaya aktiviti penjualan produk ini sudah lama sekitar dua tahun malah dua lelaki termasuk seorang warga asing yang dikesan terbabit dalam aktiviti penjualan ini pernah diambil tindakan serta dihadapkan ke mahkamah.

“Kita percaya susulan daripada siasatan ini akan ada lagi serbuan lain kerana kita percaya Melaka menjadi lokasi aktiviti penjualan ini ‘berpusat’ malah menerusi operasi yang dijjalankan semalam juga membuktikan KKM sentiasa mengambiil serius aduan awam bagi membanteras penjualan produk tidak berdaftar termasuk penjualan secara dalam talian,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi penjualan produk tidak berdaftar siasatan dijalankan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 manakala kesalahan memiliki racun berjadual untuk tujuan jualan tanpa lesen boleh didakwa mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen  32(2).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1241
Kongsi :
Previous post Saranan anak syarikat jana pendapatan sendiri terima reaksi positif
Next post ‘No Right Turn’ bermula Isnin depan
Ubah saiz-+=