
RM6j jalankan kajian Melaka Bebas Banjir
SERI NEGERI 23 Dis – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berharap kajian Melaka Bebas Banjir dapat direalisasikan di negeri ini.
Namun, katanya, untuk merealisasikan kajian itu ia memerlukan kos dianggarkan berjumlah RM6 juta.
Justeru, beliau berharap kerajaan persekutuan dapat meluluskan peruntukan tersebut menerusi rolling plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
“Selain itu, kerajaan negeri juga memerlukan anggaran peruntukan sebanyak RM54 juta bagi melaksanakan projek mengatasi banjir berulang di Sungai Putat melibatkan Kolam Tadahan Banjir Sungai Putat.
“Peruntukan ini juga akan dipohon kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di bawah RP3, RMK-12,” katanya.
Beliau berkata demikan pada sidang media Pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan persekutuan telah meluluskan sebanyak 18 projek bersifat jangka pendek dalam Bajet 2022 di Negeri Melaka melalui peruntukan pembangunan wilayah meliputi tiga kategori.
Katanya, tiga kategori itu adalah pelancongan, jaminan bekalan makanan serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...