RM6 juta bangunkan 126 projek Rumah Prihatin
AYER KEROH 10 Dis. – Sebanyak 126 projek Rumah Prihatin diterima Jabatan Kerja Raya (JKR) membabitkan jumlah peruntukan RM6 juta di negeri ini bagi memberi peluang khususnya golongan B40 memiliki kediaman sendiri.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, projek Rumah Prihatin yang sebelum ini dikenali sebagai Rumah Peduli masih diteruskan kerajaan negeri dengan penjenamaan semula.
“Jumlah peruntukan itu membabitkan RM3 juta daripada kerajaan negeri dan selebihnya dari Kementerian Kewangan (MoF).
”Sebanyak 81 projek siap, satu sedang dalam pembinaan dan lapan dalam proses peralihan semula kerana kurang sambutan daripada kontraktor.
“Selain itu dua projek di Melaka Tengah tidak diteruskan atas sebab isu tanah, manakala sebanyak 34 projek masih menunggu pengesahan dari pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) membabitkan perbelanjaan RM2,986,937.42,” katanya,
Beliau berkata demikian bagi menyentuh perbahasan yang dibangkitkan Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab (AMANAH-Durian Tunggal) ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan 2021 Negeri Melaka, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, syarat permohonan juga masih sama dengan dengan memfokuskan golongan B40.
Views:
Related
Berita Lain
SK BEMBAN ‘A’, SK MALIM JUARA LIGA HOKI MELAKA
DUYONG 13 Januari - Liga Hoki Melaka 2024/2025 Kategori Bawah 12 Tahun melabuhkan tirai dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban 'A'...
ANUGERAH CEO OF THE YEAR GALAK PERSAINGAN SIHAT
AYER KEROH 13 Januari - Inisiatif meneruskan Anugerah 'The Best CEO of The Year Awards' menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan...
MAHASISWA UTEM SANTUNI ASNAF, GELANDANGAN KOTA RAYA
DURIAN TUNGGAL 13 Januari - Kelab TUAH Volunteer Team (TVT) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyantuni golongan asnaf dan gelandangan...
I.N.T.E.G.R.I.T.I PEGANGAN PENJAWAT AWAM BERKUALITI
AYER KEROH 13 Januari - Sembilan pemboleh daya berdasarkan akronim INTEGRITI perlu dijadikan panduan untuk menjadi penjawat awam berkualiti, kata...
MELAKA TERUSKAN ANUGERAH ‘THE BEST CEO OF THE YEAR’
AYER KEROH 13 Januari - Bagi memantau dan memastikan prestasi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berkualiti, Anugerah 'The Best CEO of...
MELAKA HAB EKONOMI DINAMIK 2025
AYER KEROH 13 Januari - Melaka mengekalkan sasaran unjuran nilai pelaburan RM5 bilion pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...