Sorting by

×

RM500,000 LAKSANA KAJIAN IMPAK PELAKSANAAN JAMBATAN MELAKA- DUMAI

Masa Membaca:48 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Kerajaan Negeri memperuntukan RM500,000 bagi tujuan Kajian Impak Pelaksanaan Jambatan Melaka-Dumai.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu yang dijangka akan memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi bagi kedua-dua wilayah.

Katanya, Projek Jambatan Melaka-Dumai akan merentasi Selat Melaka dari Telok Gong, ke Dumai di Sumatera, Indonesia.

“Kajian itu adalah bagi tujuan pelaksanaan projek jambatan moden Melaka-Dumai yang dijangka akan memberi impak kepada kedua0dua wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Bajet 2025 Negeri Melaka bertemakan Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf turut memaklumkan Kerajaan Negeri mencatatkan kemajuan dalam pengangkutan air dengan pengoperasian dua laluan.

“Dua laluan feri tersebut adalah Feri Melaka- Dumai dan Melaka-Bengkalis dengan merekodkan kehadiran hampir 102,000 penumpang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

229
Kongsi :
Previous post PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI MELAKA, TOURISM MELAKA DILENGKAPI CHATBOT AI
Next post JEJANTAS TUN TEJA NAMA BAHARU JEJANTAS MELAKA SENTRAL
Ubah saiz-+=