RM50,000 bagi pembentukan sahsiah remaja

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BUKIT KATIL 7 Mei – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memperuntukkan sejumlah RM50,000 bagi menganjurkan program pembentukan sahsiah khusus untuk remaja Muslim.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIM, Muhammad Sayuti Omar berkata, program itu antara cetusan idea Kerajaan Negeri dalam usaha untuk membentuk sahsiah remaja terpuji.

“Peruntukkan untuk adalah untuk menjayakan program diatur di semua tiga daerah di Melaka. Objektif penganjurannya adalah bagi membimbing remaja agar dapat membezakan antara tingkah laku yang baik atau sebaliknya.

“Selain memberi kesedaran kita juga mahu tahap pemahaman mereka mengenai isu sosial dapat ditingkatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran.

“Menerusi program ini juga ia akan dapat membentuk tingkah laku positif dalam kehidupan seharian seorang pelajar,” katanya ketika membaca teks ucapan mewakili Pengarah JAIM Datuk Badaruddin Mohd Kassim sempena Majlis Perasmian Penutup Program Seminar Pemantapan Sahsiah Remaja Muslim Siri 1/2024 (Daerah Jasin), di Bukit Katil, hari ini.

Menurut Muhammad Sayuti, pembabitan dan komitmen peserta serta pihak-pihak berkenaan turut menyumbang kepada kejayaan program yang dianjurkan.

“Mewakili pihak JAIM, kami amat berbesar hati dengan penglibatan dan komitmen yang ditunjukkan daripada pelbagai agensi.

“Malah jalinan kerjasama padu yang diberikan oleh segenap lapisan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, siri pertama Program Seminar Pemantapan Sahsiah Remaja Muslim membabitkan seramai 72 pelajar sekolah menengah sekitar daerah Jasin dengan menampilkan penceramah terkenal iaitu Pencetus Ummah (PU) Rahmat bagi segmen khas Membina Sahsiah Remaja Unggul.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

161
Kongsi :
Previous post Seorang maut, seorang cedera dalam kejadian pokok tumbang hempap 17 kenderaan
Next post Guru tadika meninggal dunia selepas 5 jam kemalangan
Ubah saiz-+=