Sorting by

×

RM400,000 LAKSANA PELAN JANGKA PENDEK, ATASI BANJIR DI TAMAN MASJID TANAH RIA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

LENDU 18 Oktober – Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Taman Masjid Tanah Ria untuk mengurangkan risiko banjir di penempatan itu dijadual bermula pada pertengahan November ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, pembinaan infrastruktur itu merupakan antara perancangan jangka pendek untuk mengatasi masalah banjir daripada berulang.

Menurutnya, projek dianggarkan bernilai RM400,000 itu secara keseluruhan meliputi pembinaan parit sepanjang 170 meter bermula dari Jalan Masjid Tanah Ria 9 hingga 11 dengan anggaran tempoh 16 minggu untuk disiapkan.

“Turut dibina adalah tiga unit ‘flap gate’, tembok penahan setinggi 1.5 meter sepanjang 17 meter, pemasangan tiga unit pam beserta ‘distribution board’, menurap jalan dan lain-lain kerja berkaitan.

“Pembinaan tembok penahan ini merupakan langkah pencegahan jangka pendek di kawasan tersebut sementara menunggu laporan kajian kawalan banjir secara menyeluruh sedang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kajian ini penting bagi merangka pencegahan jangka masa panjang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Berkongsi perkembangan terkini projek itu TPr. Saifuddin berkata, tawaran sebut harga sudah ditutup pada 15 Oktober lalu.

“Tempoh pembinaan lebih kurang empat bulan dan kerja-kerja dijangka akan dimulakan pada minggu ketiga November selepas proses sebut harga dan lantikan kontraktor dilaksanakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1041
Kongsi :
Previous post SEMABOK PERDANA FC JUARA PIALA YB HELMY
Next post CADANG BINA RUMAH PRR DI BUKIT KATIL – KPKT
Ubah saiz-+=