Sorting by

×

RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

LENDU 14 Mac – Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan kurang berkemampuan, orang kurang upaya (OKU), golongan berkeperluan, ibu tunggal dan warga emas di enam parlimen seluruh Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan sumbangan Aidilfitri itu membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan prihatin terhadap aspek kebajikan rakyat Melaka.

Katanya, inisiatif itu juga seiring dengan semangat harmoni Kerajaan Perpaduan di negeri ini yang menyantuni rakyat tanpa mengambil kira latar belakang kaum, agama mahupun fahaman politik.

“Bahang kemeriahan Syawal kian dirasai, semoga dengan pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengukir kelegaan kepada saudara-saudari dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

“Kerajaan Negeri akan terus optimis mengutamakan kebajikan rakyat dengan memastikan tiada orang rakyat Melaka yang tercicir namanya untuk menerima sebarang bentuk bantuan selayaknya,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Aidilfitri Parlimen Masjid Tanah Tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Menteri Melaka Ke-12 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin serta Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Adun Taboh Naning; Datuk Zuilkiflee Mohd Zin serta, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Adun Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka, Halyjah Muhamad.

Ab Rauf yang juga Adun Tanjung Bidara berkata, sumbangan bantuan Aidilfitri bagi Parlimen Masjid Tanah pula melibatkan peruntukan berjumlah RM71,800 yang memberi manfaat kepada seramai 359 orang penerima.

“Saban tahun khususnya menjelang musim perayaan, Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan mengambil berat terhadap
insan-insan yang kurang bernasib baik di sekeliling kita/

“Majlis seumpama ini memberi makna yang sangat besar buat Kerajaan Negeri, sekali gus menterjemahkan keprihatinan yang berterusan dalam menyantuni kebajikan golongan tumpuan khususnya dari Parlimen Masjid Tanah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
Next post SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG