RM381,000 indahkan Pengkalan Balak, Padang Kemunting

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

TANJUNG BIDARA 12 Feb – Pantai peranginan popular Pengkalan Balak dan Padang Kemunting, di sini berwajah baru selepas kerja pengindahan pantai menggunakan peruntukan RM381,000 selesai dijalankan baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Mohd Fadhil Hassan berkata, selain memelihara kemudahan awam kerja itu juga bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pengunjung terutama pada hujung minggu.

Beliau berkata, peruntukan RM300,000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dimanfaatkan untuk menaik taraf jalan, parit dan tempat letak kenderaan di pantai Pengkalan Balak dan pantai Padang Kemunting.

“Skop kerja kedua-dua projek berkenaan ialah membaik pulih laluan pejalan kaki sedia ada dan menaik taraf ‘concrete kerb’.

“Selain itu, ia juga membabitkan kerja menaik taraf sistem perparitan berhampiran replika penyu sedia ada dan penyediaan kawasan berturap dengan 90 unit petak letak kenderaan di sepanjang pantai berkenaan,” katanya.

Katanya, MPAG turut membelanjakan RM81,000 peruntukan daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membina papan tanda berlampu di pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara dan Dataran Keris, Alor Gajah.

Sementara itu, pengunjung Abdul Hakim Mohd Ali, 43, dari Segamat, Johor berkata, kerja pengindahan dijalankan meningkatkan imej kedua-dua pantai berkenaan sebagai destinasi pelancongan menarik di Melaka.

“Saya pernah mengunjungi pantai ini tiga tahun lalu tetapi ketika itu tidak secantik sekarang. Air pantai masih bersih pemandangan sekilingnya pula indah,” katanya.

Manakala Zarina Mohd Yassin, 35, dari Putrajaya berkata, cuti hujung minggunya dihabiskan bersama-sama suami dan dua anak berusia empat dan lima tahun dengan menikmati keindahan pantai Pengkalan Balak.

“Pembinaan papan tanda berlampu itu memberi peluang kepada pengunjung mengabadikan kenangan di pantai Pengkalan Balak,” katanya.

Pix 1-4: Papan tanda berlampu disediakan MPAG memberi peluang kepada pengunjung mengabadikan kenangan di pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Pix 5 dan 6: Pantai Padang Kemunting, Masjid Tanah menerima kunjungan orang ramai dari pelbagai tempat, terutama Kuala Lumpur.

Pix 7: Mohd Fadhil Hassan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3399
Kongsi :
Previous post Kerajaan kekalkan unjuran KDNK 5.5 peratus hingga 6.5 peratus untuk 2022
Next post Kerajaan pantau 92 projek ‘sakit’ seluruh negara – Mustapa
Ubah saiz-+=