RM300 juta disalur kepada TAPEM sejak tahun 2000

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TABOH NANING 7 Julai – Lebih 300 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membantu anak Melaka meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) sejak tahun 2000.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, dana itu membantu anak Melaka menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mengelakkan daripada berlaku keciciran dalam bidang akademik, khusus membabitkan golongan B40.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM418,000 bagi pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-Prime) untuk anak kelahiran Melaka melibatkan 8,447 penerima.

“RM200 Bantuan Pelajar Sekolah Rendah yang melibatkan 85,388 penerima dengan peruntukan hampir RM12 juta.

“RM600 Biasiswa Melaka (Sekolah Menengah) setahun, melibatkan 17,568 penerima dengan peruntukan hampir RM11 juta,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Insentif CARE SPM 2023 dan Apresiasi Pelajar Cemerlang SPM 2022 dan STAM 2022 di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin

Turut hadir, Pengurus Besar TAPEM, Datuk Mustafa Musa dan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Ghazali Ahmad.

Ab Rauf berkata, antara bantuan lain disalurkan kepada anak Melaka adalah Pinjaman Wang Pengajian Tinggi melibatkan 17,568 orang dengan peruntukan RM219 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4852
Kongsi :
Previous post Sumbang RM1.56 juta untuk perkasa pendidikan
Next post Jejantas RM3 juta beri manfaat 1,000 pelajar
Ubah saiz-+=