Hakisan pantai: Melaka pohon RM30 juta dari Putrajaya
MASJID TANAH 25 Okt. – Sejumlah lebih RM30 juta dipohon kerajaan negeri daripada kementerian berkaitan bagi menangani isu hakisan pantai di Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, peruntukan itu dipohon kerajaan negeri bagi menjalankan kerja awalan baik pulih dikawasan pantai yang terjejas.
“Sejumlah peruntukan telah dipohon untuk laksanakan kerja awalan dan kecemasan akibat daripada hakisan dan kerja pembaikkan mesti dilaksanakan.
“Kalau diikutkan RM30 juta lebih peruntukkan (dipohon) dikawasan ‘hot spot’ yang dikenal pasti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan terjejas akibat hakisan di Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara, di sini, dan hadir sama Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Wira Latipah Omar.
Sulaiman berkata, selain itu sebanyak RM800, 000 diperuntukkan kerajaan negeri bagi melakukan kerja pembaikkan di kawasan Tanjung Dahan.
“Bagi beberapa kawasan lagi sebaik dapat peruntukkan kerja baik pulih akan dilakukan segera.
“Saya turut meminta ketua agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memantau bagi memastikan selain tidak mahu ada merebak ke bahagian pantai yang lain,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perbincagan bersama JPS sudah dilakukan bagi membincangkan permohonan peruntukan.
Views:
Related
Berita Lain
MANIFESTASI TEKS SULALATUS SALATIN HIMPUN 39 KARYA ARTIS TEMPATAN
BANDA HILIR 23 Januari - Sebanyak 39 karya seni dan sastera berdasarkan Teks Sulalatus Salatin yang diterjemah ke visual dihimpunkan...
PRODUK TIADA LABEL PENGIMPORT PASAR RAYA DIKOMPAUN RM3,000
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Sebuah pasar raya di daerah Melaka Tengah dikompaun RM3,000 selepas didapati menjual makanan yang tidak...
JKNM UJI TIGA SAMPEL ANGGUR SHINE MUSCAT
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menguji tiga sampel anggur shine muscat bagi memastikan produk import...
DUA ANGGOTA BOMBA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA PADAM KEBAKARAN
KOTA KINABALU 23 Januari - Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah...
MPHTJ PERJELAS ISU PENUTUPAN, PENAMATAN KONTRAK KOLAM AIR PANAS DI BEMBAN
AYER KEROH 23 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tampil memberi penjelasan berhubung penutupan operasi dan penamatan kontrak operator...
SUMBANGAN UKIR SENYUMAN MASYARAKAT TIONGHOA ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 23 Januari - Seramai 175 masyarakat Tionghoa dalam Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Tahun Baru Cina 2025 daripada...