RM18.9 juta perkasakan program KEMAS

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PENGKALAN BATU 25 Jun – Sejumlah RM18.9 juta diperuntukan Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam membantu usahawan mengembangkan perniagaan.

Ketua pengarahnya, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk menjayakan pelbagai program sudah dirangka seperti Wanita Inspirasiku (WINS) dan ‘Quick Win’.

“Sebanyak 14 program akan dilaksanakan menerusi WINS di semua negeri. Boleh dikatakan 80 peratus peserta terbabit adalah dalam kalangan wanita.

“Sehingga kini dibawah Bahagian Pembangunan Komuniti (BPKom) kita mempunyai seramai 2,264 orang usahawan dan bagi tempoh 2017 hingga Jun 2023 kita merekodkan seramai 19,881 peserta dibawah program Quick Win,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui selepas Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku Anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Melaka Tahun 2023 di sebuah pusat beli-belah di Bachang, di sini, semalam.

Terdahulu majlis perasmian disempurnakan Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Mohd Noor Helmy Abd Halem yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ahmad Kamal Idris berkata, program yang dirangka akan difokuskan kepada lima bidang seperti jahitan, dandanan diri, program komputer, seni tangan dan masakan.

“Selain pelaksanaan program, KEMAS juga memberikan latihan menerusi kursus jangka pendek, program yang melayakkan usahawan mendapatkan sijil kemahiran dan bantuan peralatan.

“Fokus kita kepada melahirkan usahawan rintis. Mereka yang baru hendak mulakan perniagaan, KEMAS akan bantu dengan peralatan dan sebagainya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1383
Kongsi :
Previous post Melaka capai padanan perniagaan lebih RM14 juta
Next post Ahli majlis perlu efektif selesai masalah rakyat – Exco
Ubah saiz-+=