
RM125 juta diperuntukkan bagi program latihan menerusi HRD Corp
PUTRAJAYA 28 Jun – Kerajaan memperuntukkan RM125 juta menerusi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) bagi melaksanakan inisiatif ‘Place and Train’ di bawah program ‘Janapreneur’.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu melibatkan belia lepasan sekolah dan graduan yang mampu memanfaatkan peluang kepada 30,000 orang.
Katanya, program berkenaan membuka peluang kepada golongan itu untuk mengikuti program latihan dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.
“Pihak MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20 ribu pencari pekerja dalam ekonomi gig,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut memperluaskan elaun mencari pekerjaan berjumlah sekurang-kurangnya RM300 kepada graduan baharu, individu lepasan sekolah dan sektor tidak formal.
“Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...