
RM114.1 juta perkasa sektor pendidikan Melaka
AYER KEROH 23 Mei – Sejumlah RM114.1 juta diperuntukkan bagi memperkasa sektor pendidikan di Negeri Melaka sepanjang tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, peruntukan itu membabitkan pelaksanaan 46 projek dan program sambungan serta 18 program baharu pendidikan di negeri ini.
Menurut Ab Rauf, bidang pendidikan sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan Negeri dalam melahirkan generasi berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.
“Selain itu, Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM14.5 juta kepada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) untuk menggerakkan inisiatif-inisiatif pembangunan pendidikan.
“Ia sekali gus merealisasikan hasrat menjadikan Negeri Melaka sebagai Hab Pendidikan di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Future Tech Programme 2024 serta Penyerahan Program Tuisyen Rakyat Negeri Melaka Bagi Tahun 2024 di Hotel MITC, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Rosli Abdullah; Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Mohd Ghazali Ahmad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...