
RM100,000 naiktaraf tanah perkuburan Islam Ujong Pasir
TELOK MAS 2 Julai – Projek menaiktaraf kawasan tanah perkuburan Islam Ujong Pasir bakal dimulakan bulan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, projek itu menelan kos RM100,000 sekali gus memberi kelegaan buat penduduk di situ.
“Projek mula Julai ini, fokus kita untuk menukar pagar keliling ‘chain-link’ yang berkualiti, pagar masuk utama, mengecat tembok dan menyediakan dataran kejat (bertar).
“Ia juga hasil kerjasama Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Ujong Pasir dibawah seliaan Pengerusinya, Sabri Md. Yusof,” katanya.
Ujarnya, penantian yang lama itu akhirnya memberi berita gembira buat kariah Ujong Pasir untuk melihat kawasan perkuburan tersebut kemas dan tersusun.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI SUSULAN TARIF BAHARU AS
SERI NEGERI 25 April - Melaka perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan cabaran ekonomi susulan tarif baharu Amerika Syarikat (AS)...
MELAKA DESTINASI PILIHAN PELABUR
SERI NEGERI 25 April - Kejayaan menarik pelaburan berkualiti, berimpak tinggi selari dengan kelestarian alam sekitar dan berupaya membuka banyak...
PASTIKAN SISTEM JALAN RAYA, ALIRAN TRAFIK DI MELAKA DALAM KEADAAN TERBAIK – TYT
SERI NEGERI 25 April - Sistem jalan raya dan aliran trafik di Melaka perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kata...
EKONOMI MELAKA BERKEMBANG PADA KADAR TIGA PERATUS
SERI NEGERI 25 April - Kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka direkodkan sebanyak RM46.9 bilion sepanjang 2023 menyumbang kepada...
TMM2024 POSISIKAN MELAKA DI PETA PELANCONGAN DUNIA
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bangga dengan kejayaan Tahun...
USAHAWAN MELAKA PERLU MANFAAT PLATFORM DIGITAL
SERI NEGERI 25 April - Usahawan di Negeri Melaka digalak untuk memanfaatkan platform digital selari dengan ledakan perkembangan teknologi terkini....