
RM10,000 untuk pekerja terjejas
AYER KEROH 17 Julai – Bayou Lagoon Resort Sdn Bhd memperuntukkan RM10,000 bagi menyalurkan bantuan keperluan asas kepada 61 kakitangan yang terkesan pandemik COVID-19.
Pengurus Besarnya, Abu Hassan Ismail berkata, sektor pelancongan merupakan industri yang paling teruk terkesan terutama membabitkan kakitangan sektor itu.
Jelasnya, berikutan itu pihaknya mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan asas bagi mengurangkan beban kakitangan.
“Sepanjang PKP pertama sehingga kini, Bayou Lagoon Park Resort telah membelanjakan hampir RM10,000 bagi membantu pekerja yang terjejas dan yang memerlukan bantuan.
“Progam seumpama ini akan diteruskan dan diperluaskan kepada masyarakat luar sekiranya diperlukan,” katanya selepas ditemui dalam Program #BayouPrihatin di sini, hari ini.
Dalam program berkenaan, beliau berkata memandangkan perayaan Hari Raya Aidiladha yang disambut Selasa ini, pengurusan resort mengambil inisiatif mengedarkan sumbangan makanan kepada 61 kakitangan.
“Kebajikan bermula dari rumah, jadi ini adalah salah satu usaha bagi Bayou Lagoon Park Resort Melaka dalam usaha membantu pekerja kami sendiri yang terjejas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...