
RM100,000 atasi ‘sungai mini’ di Ujong Pasir
TELOK MAS 1 Julai – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi pembinaan longkang calvert ‘U drain’ di tanah wakaf Masjid Ujong Pasir.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad, peruntukan yang diluluskan itu bertujuan membina longkang sepanjang 400 meter bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkenaan.
“Ketiadaan sistem perparitan yang sempurna akibat daripada pembinaan rumah-rumah baharu menyebabkan banjir mudah berlaku.
“Projek dengan kerjasama KPLB ini mampu memberi manfaat serta menggembirakan rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas,” katanya kepada MHI.
Noor Effandi berkata, kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dijangka bermula minggu depan, sekali gus menjangkakan ia bakal menyelesaikan masalah yang menganggu kehidupan masyarakat setempat.
“Lebih menyedihkan, air yang bertakung di sini umpama ‘sungai mini’ hingga menimbulkan bau yang tidak menyelesakan penduduk,” katanya.
Kerja-kerja tersebut turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Temu Pasir di bawah kendalian Pengerusinya, Rahmat Ab Rasip.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...
SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK
KLEBANG 17 Mac - Kehadiran ribuan pengunjung ke bazar Aidilfitri utama di negeri ini menunjukkan keadaan ekonomi rakyat Melaka berada...
KETUA MENTERI SINGGAH BAZAR RAMADAN ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 17 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sempat singgah untuk meninjau sendiri kemeriahan suasana...
ZIARAH KASIH DUN KESIDANG: ALLEX SAMPAIKAN BANTUAN AIDILFITRI
KESIDANG 17 Mac - Kunjungan peserta program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, mencetus keceriaan kepada lima penerima bantuan...
KEMBALIKAN NOSTALGIA MEMASAK BUBUR LAMBUK
TANJUNG BIDARA 17 Mac - Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memeriahkan lagi suasana penganjuran Program Berlaga...
ANAK YATIM JENTIK HATI KENG CHIA PELUK ISLAM
KESIDANG 17 Mac - Keindahan cara kehidupan Islam yang tertib dan teratur diamalkan anak-anak yatim yang dijaganya 'menjentik' hati lelaki...