Sorting by

×

RM1.9 JUTA LAKSANA PENGANJURAN PROGRAM SUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Sebagai usaha melahirkan rakyat Melaka yang sihat dan berdaya saing, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.9 juta bagi melaksanakan program sukan pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas mengambil kira cadangan utama dalam Kajian Aspirasi Anak Muda untuk pembangunan sukan.

Katanya, antara sukan yang akan dilaksanakan membabitkan Sukan Melaka Piala YAB Ketua Menteri yang berjaya menarik hampir 28,000 peserta pada tahun 2023 dan 2024.

“Kedua adalah Sukan Warisan Tun Teja iaitu sukan khusus buat wanita dan ketiga adalah Sukan Penjawat Awam meliputi dua kategori iaitu Sukan Penjawat Awam daripada pelbagai Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Kejohanan Sukan beruniform membabitkan 11 pasukan beruniform.

“Keempat adalah Sukan 2 Jiwa 1 Hati melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli keluarga ATM dan masyarakat setempat di kawasan Sungai Udang serta Tanjung Bidara dengan tambahan sumbangan sebanyak RM50,000 daripada Japerun Tanjung Bidara bagi sukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ucapan Bajet 2025 bertemakan Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk melaksanakan Program Pembangunan Sukan khususnya persediaan untuk Sukan Malaysia (SUKMA).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

645
Kongsi :
Previous post BAJET 2025 MELAKA SENTUH DENYUT NADI RAKYAT
Next post MELAKA PERUNTUK RM3 JUTA SKIM BANTUAN RUMAH PERCUMA