Sorting by

×

RM1.2j untuk 46 penternak dan nelayan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERKAM 2 Okt – Seramai 46 penternak dan nelayan di negeri ini menerima bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) yang keseluruhan peruntukan bernilai lebih RM1.2 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, jumlah penerima itu diberikan pelbagai kemudahan termasuk peralatan menternak kaedah akuakultur bagi meningkatkan hasil pendapatan masing-masing.

Katanya, menerusi pemberian itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berharap agar sasaran negara mengeluarkan sasaran 4,000 tan metrik tan ikan makan negara tercapai tahun ini.

“Di seluruh negeri, seramai 46 penternak dan nelayan diberikan kemudahan dengan nilai yang diperuntukkan sebanyak RM1.23 juta.

“Kita berharap bekalan ikan di negeri ini dipertingkatkan kerana selain ikan tangkapan laut, kita memberi kursus usaha kepada akuakultur yang kita lihat bukan sahaja memberi pulangan lumayan bahkan meningkatkan pengeluaran ikan untuk keperluan negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Lesen Sampan Khas, Bantuan Speks Akuakultur dan Bantuan Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) di Jeti Nelayan Pernu, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Turut hadir Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Ahmad Tarmidzi Ramly dan Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Mohd Fauzi Salehon.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post Melaka lulus lebih 450 permohonan Lesen Sampan Khas
Next post RM334,500 untuk myKomuniti Perikanan
Ubah saiz-+=