
RM1.04 JUTA HIDUPKAN RAMADAN MUALAF MELAKA
KESIDANG 17 Februari – Sebanyak RM1.04 juta diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk membantu lebih 2,000 mualaf di negeri ini melakukan persediaan menyambut Ramadan tidak lama lagi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penerima melibatkan 2,000 mualaf dan 200 asnaf mualaf.
Katanya, bantuan itu membuktikan Kerajaan Negeri menerusi MAIM amat cakna berhubung aspek kebajikan asnaf, sekali gus menyuburkan lagi syiar Islam di Melaka.
“Bagi mualaf dewasa, MAIM memberikan bantuan sebanyak RM450, sementara itu kanak-kanak pula RM200.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban seterusnya memberikan keselesaan kepada golongan mualaf di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang selepas Majlis Pelancaran Dan Agihan Bantuan Persediaan Ramadan Mualaf Negeri Melaka Tahun 2025M/1445H di Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM, semalam.
Hadir sama pada Majlis itu Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis
Mengikut rekod, sehingga 16 Februari 2025, tujuh orang mualaf warganegara dan dua orang mualaf bukan warganegara selesai mengucapkan syahadah dan memeluk Islam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...