Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$111.4 bilion pada 13 Mei 2022
Masa Membaca:36 Saat
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$111.4 bilion pada 13 Mei, 2022 berbanding dengan US$112.5 bilion pada 29 April, 2022.
Menurut kenyataan pada Isnin, BNM menjelaskan paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ini merangkumi rizab mata wang asing berjumlah US$98.4 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak US$1.4 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) US$6.0 bilion, emas pada US$2.4 bilion dan aset rizab lain berjumlah US$3.2 bilion.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
1218