Sorting by

×

‘RIVER GUARDIAN BOAT’ LANCARKAN KERJA BERSIHKAN SUNGAI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 24 Februari – Tugas 10 kakitangan unit pembersihan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjaga kebersihan serta kelestarian Sungai Melaka menjadi lebih lancar dengan bantuan ‘River Guardian Boat’.

River Guardian Boat berkonsepkan bot pembersihan sisa sampah, merupakan hasil inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di bawah Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka dengan kerjasama PPSPM.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, sebelum ini kakitangan unit pembersihan melaksanakan tugas mengutip sampah di Sungai Melaka menggunakan kaedah manual.

“Alhamdulillah dengan bantuan River Guardian Boat kerja-kerja membersihkan Sungai Melaka menjadi lebih cepat, mudah dan efisien. Lebih membanggakan apabila inovasi ini turut mendapat perhatian dan pujian daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Fokus PPSPM adalah memastikan kelestarian Sungai Melaka sentiasa terpelihara, jadi tercetus idea untuk bekerjasama dengan UTeM bagi menghasilkan produk inovasi yang bermanfaat ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Februari 2025 Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2025 02 24 At 2.40.19 Pm
SHAHARUL Azuar.

Perhimpunan itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata, PPSPM kini dalam proses untuk membeli bot baharu bagi melaksanakan inisiatif sama di Sungai Linggi dan Sungai Kesang.

“Kami mahu menjaga semua sungai di negeri kerana sungai adalah antara nadi utama sektor pelancongan Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

91
Kongsi :
Previous post JEJANTAS TUN TEJA TERIMA LEBIH 10,000 PENGUNJUNG SEJAK DIBUKA
Next post 500 BELIA ‘BERKAMPUNG’ TUKAR PENDAPAT, PANDANGAN SEMPENA TUAH