RiVAC sasar 800 penerima vaksin sehari – Ismail

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDA HILIR 13 Ogos – Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang pertama di negeri ini menyasarkan 800 penerima diberikan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari.

Exco Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Wira Ar Ismail Othman berkata, ia membabitkan pekerja barisan hadapan ekonomi khususnya bagi sektor peruncitan.

“Program RiVAC ini bermula hari ini Hingga pertengahan September depan iaitu kira-kira 10 hari.

“Kita jangka 8,000 pekerja akan menerima vaksin ini meliputi bahagian stor, juruwang, jurujual pasar raya dan pasar raya besar, pegawai kaunter khidmat pelanggan, pegawai keselamatan pasar raya, pengurus kompleks beli-belah dan banyak lagi,” katanya.

ISMAIL melihat pendaftaran penerima vaksin di PPVIN RiVAC Dataran Pahlawan Melaka Megamall, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksinasi Industri (PPVIN) RiVAC di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, hari ini.

Jelasnya, syarikat dan majikan yang menyertai RiVAC tertakluk kepada terma dan syarat pelaksanaan program vaksinasi melalui PPVIN yang ditetapkan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Penerima vaksin ini adalah mereka yang sudah didaftarkan di bawah syarikat atau majikan mereka sendiri.

“Kita tidak benarkan mereka ‘walk in’ untuk mendapatkan vaksin, kita hanya tumpu pada majikan dan pekerja-pekerja sahaja.

“RiVAC ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang, saya percaya usaha ini dapat meramaikan lagi penerima vaksin di Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

557
Kongsi :
Previous post Tiada tindakan peniaga ‘sangkut’ bayar sewa kedai
Next post Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam longkang
Ubah saiz-+=