
Ringgit mengukuh ketika konflik Rusia-Ukraine meruncing
KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine terus meruncing yang membuktikan ketidaktentuan pada masa ini dan meningkatkan tekanan terutamanya ke atas pasaran tukaran asing dan komoditi.
Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.1815/1845 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1855 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kaitan ringgit-dolar AS berkemungkinan mencecah jajaran kecil sekitar RM4.18 hari ini ketika peniaga terus meneliti jangkaan kenaikan kadar faedah.
“Bank-bank dunia pula berkemungkinan meneliti semula pendirian masing-masing susulan senario semasa membabitkan risiko geopolitik di Eropah Timur,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbadnding yen kepada 3.6355/6384 daripada 3.6444/6456 semalam namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1087/1112 daripada 3.1065/1077.
Unit tempatan tersebut turut rendah berbanding pound Britain kepada 5.6852/6892 daripada 5.6826/6839 pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.7389/7423 daripada 4.7373/7384, sebelum ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....