Sorting by

×

Rina Harun rasmi TASKA OKU pertama di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PERINGGIT 20 Feb. – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun hari ini merasmikan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) pertama di negeri yang diwujudkan khas untuk kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU).

TASKA OKU tersebut telah diuruskan oleh Persatuan Insan Berkeperluan Khas (IKHLAS) dengan peruntukan keseluruhan RM500,000 dan dibuka secara rasminya pada bulan ini.

TASKA yang diberi nama TASKA OKU IKHLAS itu bertempat di Yayasan Toh Puan Zurina, di sini, dan bakal menjadi satu-satunya TASKA di negeri ini yang memperkenalkan program intervensi, terapi serta perlindungan kanak-kanak OKU berumur 1 hingga 4 tahun.

Penubuhan TASKA tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak OKU untuk mengikuti sesi program intervensi awal di samping mendapat pengasuhan urus diri demi kelangsungan kehidupan mereka.

Ia juga secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Dalam majlis itu, Rina sempat menyantuni seramai 40 murid taska berkenaan, selain turut meninjau operasi TASKA.

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan sumbangan Bantuan Geran Pelancaran berjumlah RM500,000 kepada TASKA IKHLAS OKU.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Wira Latipah Omar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1754
Kongsi :
Previous post PKPB: Bandaraya Melaka masih lengang
Next post TNB pastikan bekalan elektrik di Pusat Simpanan Vaksin stabil
Ubah saiz-+=