Sorting by

×

Rim: Dira mahu ketengah bakat sukan dari kampung

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

RIM 15 Nov – Infrastruktur dan fasiliti sukan dan rekreasi di Rim bakal menjadi antara agenda yang akan diberi perhatian Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Calon Barisan Nasional (BN) Rim itu berkata, sekiranya diberi mandat oleh rakyat, beliau akan memperjuangkan agar fasiliti sukan seperti gelanggang futsal, takraw, badminton dan padang bola sepak dinaik tarafkan.

Ia penting kerana menurutnya, dengan fasiliti serba lengkap ia dapat membantu mengetengahkan lebih ramai bakat sukan dari kawasan itu yang sememangnya mempunyai potensi besar.

“Di Rim, kita ada banyak potensi bakat-bakat muda dalam bidang sukan seperti bola sepak, futsal, sepak takraw, badminton dan lain-lain.

“Jadi sudah tentulah perlunya infrastruktur sukan yang baik di kawasan ini kerana dengan adanya fasiliti lengkap, saya percaya kita dapat menggilap bakat lebih ramai anak muda.

“Dengan cara ini juga kita dapat mengetengahkan lebih ramai bakat sukan di peringkat negeri dan negara suatu hari nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Chin Chin, di sini.

DIRA Abu Zahar
Foto MR Azli

Khaidhirah atau lebih dikenali dengan nama Dira Abu Zahar berkata, selain infrastruktur sukan, beliau juga akan memberi penekanan kepada isu air berpanjangan serta capaian internet di kawasan itu untuk diselesaikan.

“Saya tak kata saya boleh buat ‘magic’ tetapi saya akan cuba mempercepat serta menyelesaikan masalah masyarakat di Rim.

“Insya-Allah jika diberi mandat dan apabila tiba waktu saya masuk ke pejabat pada 21 Nov nanti, saya akan usahakan semua perkara-perkara ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

936
Kongsi :
Previous post 2,322 pegawai dan anggota PDRM undi awal di 24 lokasi esok
Next post Sulaiman ucap selamat mengundi, seru beri peluang tubuh kerajaan stabil
Ubah saiz-+=