Sorting by

×

Ribut petir, hujan lebat landa Melaka dan beberapa negeri hingga 7 malam

Masa Membaca:35 Saat

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 7 malam ini, demikian amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada pukul 2.50 petang itu menyatakan, kawasan terlibat di Kedah adalah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin) dan Perak.

Turut terlibat Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Melaka, sementara Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, Sabah di Pantai Barat (Tuaran dan Ranau) serta Sandakan (Tongod). – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1242
Kongsi :
Previous post MAFI cakna masalah dan keperluan pemain industri ternakan
Next post Rogol anak tiri, hukuman penjara 1,050 tahun dikurangkan kepada 42 tahun
Ubah saiz-+=