
Ribut badai kedai makan, rumah di Kuala Linggi
KUALA LINGGI 12 Jun – Dua rumah kediaman dan kedai makanan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi antara lima premis yang rosak akibat dilanda ribut awal pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya, Rosli Abdullah berkata, bencana alam itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan hanya membabitkan kerosakan harta benda.
Menurut beliau, pihaknya telah mengadakan lawatan ke lokasi terjejas dan akan memberi bantuan segera untuk kerja-kerja pembaikan.
“Antara yang terjejas teruk ialah sebuah kedai makan di tepi pantai berhampiran Sungai Tuang yang mana pokok rhu telah menimpa bumbung kedai terbabit.
“Selain itu, terdapat juga kerosakan dua buah rumah di Tanjung Dahan dan Paya Mengkuang yang mana bumbung rumah telah diterbangkan ribut.
“Insya-Allah kita di pihak Japerun akan mengambil tindakan susulan bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Tambah Rosli, pihaknya turut meminta agensi dan jabatan berkaitan agar memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa terjejas untuk kerja baik pulih kerosakan.
“Kita telah minta mangsa membuat laporan polis dan selepas itu pihak Japerun akan mencari bantuan segera daripada agensi-agensi tertentu untuk membantu mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...