Sorting by

×

Ribuan Jalur Gemilang berkibar di Taman Tambun Perdana

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

DURIAN TUNGGAL 28 Ogos – Mempunyai cara tersendiri menyambut Bulan Kemerdekaan, lebih 500 penduduk Taman Bukit Tambun Perdana di sini bergotong royong menghiasi rumah dan taman mereka dengan ribuan Jalur Gemilang.

Tidak sekadar itu, mereka turut menganjurkan pelbagai acara patriotik termasuk program Larian Merdeka dewasa dan kanak-kanak, pertandingan memasak serta mewarna.

Namun, program yang mencuri tumpuan ialah pertandingan Basikal Hias Jalur Gemilang yang disertai 30 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.

9476426c-9290-455b-b69f-1982675c3e01
MOHAMAD Hafiz

Pengerusi persatuan penduduk, Mohamad Hafiz Abd Ghani berkata, persiapan rapi untuk mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan itu telah bermula sejak tiga bulan lalu.

Katanya, usaha itu bertujuan untuk  memupuk semangat perpaduan dan kejiranan yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui penganjuran pelbagai program.

“Sebagai rakyat, kita tidak seharusnya berharap kepada kerajaan semata-mata untuk adakan program sebegini, tapi juga boleh mengadakannya sendiri dalam skala mengikut kemampuan komuniti.

“Penduduk juga hampir kesemuanya mengambil bahagian dalam usaha mengindahkan lorong taman rumah mereka, dan kalau boleh dilihat pelbagai arca direka di setiap lorong untuk menyemarakkan semangat Kemerdekaan,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan di taman tersebut baru-baru ini.

878f19bb-dc10-4477-95d9-a60259053d5c
NORLELA Karim

Menurut seorang penduduk, Norlela Karim, 39, berkata, program sedemikian perlu kerap diadakan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum.

“Bagi saya setiap taman perumahan sepatutnya perlu mewujudkan  acara sebegini dan ianya wajar dilaksanakan setiap tahun sebagai contoh kepada generasi muda hari ini yang mungkin kurang penghayatan Hari Merdeka,” katanya.

Nada sama diutarakan penduduk, Muhammad Amirul Fadli Mohd Rashidan, 30, yang melihat program sedemikian dapat menanam semangat patriotik terhadap golongan muda sedari peringkat kanak-kanak.

“Sebagai penduduk taman ini, kami bertungkus lumus menyiapkan arca merdeka mengikut kreativiti sendiri di setiap lorong masing-masing dan ketika proses itu anak-anak sering bertanya apa itu merdeka dan sebagainya, di situ sahaja kita dapat tanam rasa cintakan negara dan Jalur Gemilang,” katanya.

0551c13a-0d97-4225-8e18-c3eb1feb6d26
MUHAMMAD Amirul Fadli

Pelajar institusi pengajian tinggi swasta, S. Keisha Matania, 20 , berharap sambutan Hari Kebangsaan ke 66 kali ini dapat mengetepikan fahaman politik dan menyambutnya dengan penuh semangat sebagai rakyat Malaysia

“Asas kepada kemerdekaan itu sendiri adalah perpaduan antara kaum yang menjadi nadi penting tanpa perlu kita melihat perbezaan fahaman.

“Melihat gambar yang diambil sepanjang program ini, saya dapat rasakan perpaduan kaum ini yang menjadikan Malaysia sentiasa aman dan merdeka,” jelasnya.25b27458-8f5b-4b2c-9feb-45c1b4cbbeca

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

891
Kongsi :
Previous post Tubuh pasukan khas CRSM setiap negeri
Next post Santai ‘ride & run’ Banda Hilir dapat sambutan
Ubah saiz-+=