Sorting by

×

Rezeki terpancing pari RM20,000

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PANTAI KUNDOR 14 Feb – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu…Mungkin itu pepatah tepat menggambarkan rezeki diraih seorang pemancing, Mohd Zamri Saiman, 41, semalam.

Ia selepas pemancing dari Klang itu dinobat johan Pantai Puteri Surfcasting Challenge 2022, sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan RM20,000 dalam .

Dia yang msra dipanggil Abang J seakan tidak percaya, getuan kecil pada hujung jorannya kira-kiranya jam 10 pagi rupanya dimakan ikan pari seberat 2.16 kilogram (kg) yang muncul ikan terberat pertandingan itu.

“Memang berdebar-debar masa menarik ikan itu, kerana kebiasaannya kita dapat rasakan ikan yang menarik joran itu besar atau kecil dan saya tahu umpan udang hidup itu dimakan ikan yang boleh memungkinkan saya muncul pemenang.

“Jadi, saya melayan dengan berhati-hati tarikan ikan itu dan mengambil masa sekitar 10 minit untuk naikkannya ke darat.

“Alhamdulillah ikan berjaya dinaikkan dengan selamat dan saya bersyukur apabila tamat pertandingan ikan pari itu menjadi ikan terberat dalam pertandingan,” katanya yang akan menggunakan wang hadiah kemenangan untuk keluarga.

Sementara itu tempat kedua dan ketiga diraih pemancing yang mendaratkan ikan kerapu 0.97kg dan ikan daun baru 0.58kg.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 serta RM3,000.

Terdahulu, pertandingan anjuran Wak Jali Event Management yang disertai lebih 700 kaki pancing seluruh Malaysia itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1384
Kongsi :
Previous post Hampir 170,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin
Next post Bayi disimbah minyak panas: Pasangan muda disaran fikir panjang – EXCO
Ubah saiz-+=