Rewang masak lemak tempoyak

Masa Membaca:45 Saat

MASJID TANAH 20 April – Seramai 16 peserta membabitkan Wanita UMNO Cawangan Masjid Tanah bersama penduduk kampung bergotong-royong merewang menyiapkan gulaimasak lemak tempoyak untuk diagihkan kepada orang ramai, semalam.

Program diadakan di Masjid Al Muttaqin, Kampung Seri Tanjung itu turut dihadiri isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Munira Md Yusop yang turut meluangkan masa bersama-sama menyediakan bahan dan memasak lauk sebelum diagihkan kepada orang ramai.

Pegawai Perhubungan Kebajikan dan Operasi Ketua Menteri, Mohd Jamian Maharam berkata, program dianjurkan tahun ini dianggap istimewa kerana pihaknya menyediakan lauk masak lemak tempoyak.

“Pada penganjuran sebelum ini rewang adalah untuk sediakan bubur lambuk tapi tahun ini kami mahu cipta kelainan sedikit.

“Alhamdulillah, hasil rewang dijalankan sebanyak 250 bekas lauk masak lemak tempoyak berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar,” katanya.

Mohd Jamian berkata, program dilakukan secara gotong-royong itu secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara penduduk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1171
Kongsi :
Previous post Sembunyikan getah beku dalam parit elak jadi sasaran pencuri menjelang Aidilfitri
Next post Bantu asnaf buat persiapan Aidilfitri
Ubah saiz-+=