‘REVIEW’ SEMULA TEBATAN BANJIR LENDU

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

LENDU 16 Oktober – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka, sudah diminta untuk melakukan ‘review’ atau semakan semula secara terperinci serta menyeluruh terhadap sistem tebatan banjir sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu yang juga Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, semakan semula itu amat relevan untuk melihat sama ada tebatan banjir sedia ada masih berfungsi dengan baik atau perlu dinaik taraf.

Sulaiman, memberikan perhatian cukup serius berhubung isu banjir, berikutan itu semakan dilaksanakan JPS diharap mengambil kira keperluan bagi tempoh 10 hingga ke 20 tahun akan datang.

Whatsapp Image 2024 10 15 At 12.41.27 Pm
SULAIMAN menziarahi mangsa banjir bagi mendengar permasalahan dihadapi mereka. Foto Sulaiman Md Ali

“Mengambil kira kejadian banjir besar berlaku di pekan Masjid Tanah dua bulan lalu (11 Ogos) perkara ini perlu dilihat semula oleh JPS, sebenarnya review ini perlu melibatkan keseluruhan Parlimen Masjid Tanah termasuk sekitar Lubuk China dan Brisu.

“Tebatan banjir sedia ada ini dibina sekitar tahun 2004, sudah 20 tahun, dengan pembangunan, pertambahan taman perumahan dan faktor cuaca, amat perlu kita lihat semula hal tebatan banjir ini secara keseluruhan,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 15 At 12.40.30 Pm
AGIHAN makanan kepada mangsa banjir.

Beliau berkata, selain tebatan banjir JPS juga diminta untuk melihat kemampuan sungai sekitar DUN Lendu untuk menampung taburan hujan yang tinggi akibat ketidaktentuan cuaca berlaku sekarang.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata, kerja-kerja penyelenggaraan seperti mendalam semula sungai dan membina tebatan di lokasi baharu untuk mengurangkan risiko banjir mesti dilaksanakan dengan segera jika adanya keperluan.

Whatsapp Image 2024 10 15 At 12.43.22 Pm
SUASANA banjir di pekan Masjid Tanah 11 Ogos lalu. Foto Sulaiman Md Ali

Dalam perkembangan berkaitan, Sulaiman turut memaklumkan mengenai pembinaan tembok konkrit sepanjang sungai berhampiran Taman Masjid Tanah Ria, bertujuan untuk mengurangkan risiko banjir di penempatan itu.

“Ini adalah antara usaha kita untuk membantu penduduk Taman Masjid Tanah Ria yang mengalami banjir dua kali setiap tahun. Diharap apabila siap kelak tembok ini akan mengurangkan risiko banjir kepada penduduk khusus mereka di lorong 6, 8, 9, 10,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

90
Kongsi :
Previous post 24 PESERTA MELAKA BERTANDING DI MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF
Next post BINA ‘SYURGA’ KUCING, HAIWAN TERBIAR
Ubah saiz-+=